Apa itu tonsil?
Tonsil merupakan kelenjar limpa yang terletak di bahagian tekak, ia berfungsi sebagai penuras kuman semasa pernafasan. Pendek kata, tonsil ni berkerja seperti askar untuk memerangi infeksi di tubuh. Jadi semua orang ada tonsil. Siapa yang tak ada tonsil tu mungkin dah kena buang tonsilnya (tonsillectomy).

Tonsillitis tu, apa pula?
Tonsillitis ni merujuk kepada radang tonsil. Jadi selepas ini kalau anda sakit tekak dan doktor cakap tonsil anda membengkak, merah, itulah tonsillitis. (Jangan sebut saya ada 'tonsil', tau. Silap tu..gunakan istilah yang betul.) baek doctor.. baru saye taw yang saye pon ade tonsil jgak.. hahaha
Apa pulak beza die dengan beguk?
Beguk merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh virus. Ia menyebabkan pembengkakkan dan rasa sakit pada kelenjar parotid. Ia mudah berjangkit dan virus merebak melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak apabila mereka yang dijangkiti beguk mengalami batuk atau bersin. Ia boleh berjangkit selepas 3 atau 4 hari selepas pembengkakan bermula.
Kebanyakan radang tonsil berpunca daripada jangkitan virus. Hanya 15% sahaja daripada bakteria. Jadi, jika anda mengalami tonsillitis, tidak bermakna anda perlu mengambil antibiotik. Antibiotik hanya perlu diambil jika doktor merasakan ianya berpunca daripada bakteria. Jangkitan virus akan baik secara semulajadi. Selepas ni kalau doktor kata tak perlu makan antibiotik , jangan pandai-pandai mintak, tau....

Simptom-simptom
Biasanya, pengidap tonsillitis mengalami demam dan sakit tekak.
Bagi kanak- kanak pula, mereka selalunya tidak sihat
Mereka akan mengalami :-
- Demam
- Susah untuk menelan kerana sakit tekak
- Nafas berbau busuk.
- Bunyi suara yang ganjil
- Kebengkakan pada kelenjar tekak
Kelenjar tekak akan kelihatan
- Besar, merah dan kebiasaan terdapat tompok - tompok putih di atasnya.
Jangkitan lebih kepada sebab virus kalau kanak kanak itu mendapat batuk dan selsema
Perawatan
- Paracetamol untuk mengurangkan demam dan sakit
- Makan makanan yang sejuk, lembut dan minuman sejuk-makan aiskrim pun boleh... (darling esok i blanje u eskrim eh.. huhu)
- Banyakkan minum agar badan tidak dehydrated
- Elakkan makanan yang keras,rangup,berempah dan panas
- Rehat
- Antibiotik jika jangkitan berpunca dari bakteria. Bakteria yang dibimbangi menyerang kanak-kanak adalah daripada jenis streptoccocal kerana ia boleh membawa kepada komplikasi. Ideally, doctor should take a throat swab before starting the antibiotics. Tapi ini kurang praktikal, meningkatkan kos dan memakan masa. Jadi doktor akan mendiagnosis berdasarkan cerita pesakit(history) dan pemerisaan fizikal. InsyaAllah.
- Lozenges/ Gargle (ape ni doctor..??)
- NSAIDS- Non Steroidal Anti-Inflammatory , seperti Ibuprotien juga berfungsi untuk mengurangkan sakit dan demam
- Vaksinasi - Pneumococcal dan influenza, boleh mengurangkan risiko mendapat episod tonsillitis pada masa hadapan. Selain itu penting untuk mengurangkan risiko mendapat komplikasi penyakit jangkitan pneumoccocal seperti pneumonia, meningitis dan sepsis.
(ni scary siket sebab kene bedah.. biasanye untuk case yang da kronik sebab tonsil die da makin besar)
Saya rujuk kepada Clinical Practise Guidelines 2003 daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Terdapat 2 indikasi utama:
1. Tonsillitis yang berulang-ulang (Recurrent tonsillitis) atau
2. Nanah di bahagian peritonsil (Peritonsillar abcess / Quinsy)
Okey,
1. Kriteria bagi tonsil yang berulang-ulang
a.sakit tekak disebabkan radang tonsil. (Kalau setakat radang pharynx, (pharingitis) tak perlulah nak dibuang tonsil tu...)
b. > 6 episod tonsillitis dalam tempoh 12 bulan ( lebih 6 kali setahun)
c. simptom melebihi tempoh 12 bulan
d.simptom mengganggu aktiviti harian pesakit.
2.Peritonsillar abcess
Sesiapa yang pernah dapat ni memang tersangatlah sakit.
a. Tiada tindak balas selepas menerima antibiotik atau selepas nanah dikeluarkan ( incision & drainage)--> so kena buat tonsillectomy.
b.Kali pertama bernanah dan pernah berulang kali mendapat tonsillitis--> boleh tonsillectomy.
But, if kali pertama bernanah tapi sebelum ni tak pernah dapat tonsillitis--> tak perlu tonsillectomy atau bedah.
* Walaubagaimana pun, harus diingatkan, doktor yang bertanggungjawab menentukan pesakit perlu dibedah atau tidak ialah Pakar ENT. Jadi pastikan anda berbincang dengan Doktor Telinga, Hidung dan Tekak dahulu yer.....
Petua orang-orang tua:
Berkumur-kumur dengan air garam bila awal-awal dapat sakit tekak.. Mengikut pengalaman saya,ini pun efektif juga. Menurut lecturer microbiology saya dulu, makhluk strep ni sensitive dengan garam..
ps:/ baru aku taw tonsillitis tu bukan beguk... ingatkan same je.. huhu
to my darling honey.. cepat2 baek taw.. da nak exam da ni.. xmo saket2 da.. ps:/ doctor google sangat kan aku.. haha

No comments:
Post a Comment